Jun 18, 2010

PULAU PERHENTIAN






.b
Bulan Jun merupakan percutian sekolah dan Universiti di Malaysia. Kami berpeluang bercuti di Pulau Perhentian kali ini bersama keluarga MAS. Pulau Perhentian merupakan antaran pulau yang masih mengekalkan kebersihan, kejernihan air dan batu karang serta pelbagai flora dan fauna, baik di darat maupun di dalam laut.Walaupun kami menginap di pulau kecil namun segala aktiviti yang di rancang amat berbaloi.
SNORKLING merupakan salah satu perkara utama yang dilakukan sepanjang berada di sana, anak-anak bermandi manda di pantai yang bersih dan air yang jernih.
Memang indah Pulau Perhentian, penganjur yang dan pengurus penginapan yang sentiasa terbuka menerima tetamu dari seluruh dunia. Kami berpeluang menyaksikan penyu naik ke pantai dan bertelur pada 7.30 malam.seluruh penghuni di beritahu dan diarahkan agar tidak berbuat bising serta lampu disekitarnya ditutup agar melancarkan proses bertelur. Musim penyu bertelur mengikut pengusaha resort, adalah dalam bulan jun hingga ogos.kadang-kadang dalam seminggu seekor penyu akan naik ke pantai D'Lagoon untuk bertelur.Telur penyu sebenarnya menjadi kegemaran penduduk pantai Timur Semenanjung Malaysia.Tetapi sebagai menghasilkan lebih banyak penyu pengusaha tidak mengambil dan membiarkan hinggalah pada kelahiran anak-anak penyu tersebut akan keluar ke pantai.

Jun 12, 2009

Perjalanan ke Pekan, Pahang

Program:

30 Mei 2009 - Dari Perak-Pahang melalui Kuala Lumpur
31 mei 2009 - dari Pekan ,Pahang -Mersing, Johor
1 June 2009 - Mersing -Kota Tinggi, Johor
2 June 2009 - Johor Bharu Ke Melaka
3 June 2009 - Melaka
4 June 2009 - Melaka- Perak

Pengembaraan ini di ilhamkan daripada buku A.Halim Nasir. Iaitu menyusuri kota lama dan kampung-kampung lama. Kami bertiga di ketuai oleh Dr.N, saya dan rakan satu fakulti Perjalanan bermula di Pekan Pahang. Asalnya ingin melawati muzium Pekan, sayangnya kami lewat sampai muzium telahpun ditutup dan sedang dibaiki. Gambar diambil daripada luar sahaja.
Setelah tamat pengajian di IKM pekan, 1989 dalam jurusan Lukisan Senibina. Semenjak itu saya tidak pernah lagi melawat Bandar Pekan kerana kesibukan kerja dan belajar. Wajah tenaga pengajar IKM ketika itu masih segar dalam ingatan...En.Ahmad Harun, En.Md.Nor, En.Azmi, En.Alias dll serta rakan sekelas.
Perjalanan hari pertama kami melalui lebuhraya Kepong dan Karak, singgah di Petronas, Lebuhraya Karak untuk makan tengahari dan solat. Sampai di Pekan lebih kurang jam 4.30 PM terus cari tempat untuk menginap terlupa hari ini cuti sekolah pertengahan tahun bermula. Semua tempat penginapan penuh kerana kenduri dan pelbagai program termasuk program menjelajah radio ERA. Kami terpaksa balik mencari hotel di sekitar Kuantan...dimana waktu itu jam hampir 7.30 PM perjalanan ke Kuantan hanya 45 minit sahaja melalui lebuhraya.Kami tidak begitu arif dengan bandar Kuantan walau bagaimanapun dengan GPS ianya banyak membantu untuk mencari lokasi hotel di sekitar Kuantan. Dalam jam 9.30 PM baru dapat hotel, setelah segarkan badan dan solat kami mencari tempat berhampiran untuk makan malam. Banyak kedai berhampiran waktu itu dipenuhi kerana ada perlawanan bolasepak secara langsung dari luar negara.
Di awal pagi esoknya kami ke restoran yang sama untk sarapan pagi dan menyabung perjalan menuju ke Kuala Pahang. Pekan adalah bandar di Raja yang telah banyak berubah, di sepanjang perjalanan kami dari Kuantan ke Pekan, kelihatan lebuhraya sedang dinaiktaraf.Hutan paya bakau dah hilang yang tinggal hanya sedikit. Kehijauan mula hilang, Kampung- kampung di sepanjang lebuhraya telah lenyap dan roboh Kerana kesuntukan masa kami telah tentukan beberapa tempat yang perlu di lawati iaitu di Bandar Pekan dan kawasan istana, Kg.Mengkasar, Pekan dan Kuala Pahang. Ingat waktu belajar dulu pengangkutan awam kami ialah bas hitam putih yang memakan masa selama hmapir 2 jam untuk sampai ke Kuantan, pemandangan rumah-rumah dan deretan hutan paya bakau yang menjadi kenangan masa 1987-
1988). Sepanjang perjalanan di Kg Mengkasar Pekan, kami merakamkan beberapa gambar rumah tradisional Melayu yang dalam binaan 1930-1940 mengikut keterangan pemilik rumah tersebut. bersambung...