30 Mei 2009 - Dari Perak-Pahang melalui Kuala Lumpur
31 mei 2009 - dari Pekan ,Pahang -Mersing, Johor
1 June 2009 - Mersing -Kota Tinggi, Johor
2 June 2009 - Johor Bharu Ke Melaka
3 June 2009 - Melaka
4 June 2009 - Melaka- Perak
Pengembaraan ini di ilhamkan daripada buku A.Halim Nasir. Iaitu menyusuri kota lama dan kampung-kampung lama. Kami bertiga di ketuai oleh Dr.N, saya dan rakan satu fakulti Perjalanan bermula di Pekan Pahang. Asalnya ingin melawati muzium Pekan, sayangnya kami lewat sampai muzium telahpun ditutup dan sedang dibaiki. Gambar diambil daripada luar sahaja.
Setelah tamat pengajian di IKM pekan, 1989 dalam jurusan Lukisan Senibina. Semenjak itu saya tidak pernah lagi melawat Bandar Pekan kerana kesibukan kerja dan belajar. Wajah tenaga pengajar IKM ketika itu masih segar dalam ingatan...En.Ahmad Harun, En.Md.Nor, En.Azmi, En.Alias dll serta rakan sekelas.
Perjalanan hari pertama kami melalui lebuhraya Kepong dan Karak, singgah di Petronas, Lebuhraya Karak untuk makan tengahari dan solat. Sampai di Pekan lebih kurang jam 4.30 PM terus cari tempat untuk menginap terlupa hari ini cuti sekolah pertengahan tahun bermula. Semua tempat penginapan penuh kerana kenduri dan pelbagai program termasuk program menjelajah radio ERA. Kami terpaksa balik mencari hotel di sekitar Kuantan...dimana waktu itu jam hampir 7.30 PM perjalanan ke Kuantan hanya 45 minit sahaja melalui lebuhraya.Kami tidak begitu arif dengan bandar Kuantan walau bagaimanapun dengan GPS ianya banyak membantu untuk mencari lokasi hotel di sekitar Kuantan. Dalam jam 9.30 PM baru dapat hotel, setelah segarkan badan dan solat kami mencari tempat berhampiran untuk makan malam. Banyak kedai berhampiran waktu itu dipenuhi kerana ada perlawanan bolasepak secara langsung dari luar negara.
No comments:
Post a Comment